Assalamualaikum wbt :)
p/s :gambar hiasan
Pernah berlaku di zaman khalifah Abu Bakar As Siddiq terhadap seorang sahabat yang meninggal dunia.Setelah itu dimandi dan dikhafankan,lalu diletakkan di satu sudut rumah untuk disolatkan.Semasa solat hendak dimulakan,tiba tiba mayat itu bergerak.
Tampillah seorang daripada mereka untuk menghuraikan ikatan kafan kerana menyangka mayat itu masih hidup.Tatkala kafan itu terbuka,alangkah terperanjatnya mereka kerana mayat itu dililit dan digigit seekor ular.Lalu mereka mengambil kayu untuk memukul ular tersebut.
Sekali lagi mereka terkejut kerana ular itu mengucap dua kalimah syahadah serta berkata
''Apakah sebabnya kamu hendak membunuhku.Aku tidak bersalah dan tidak pula menyakiti kamu.Aku hanya menjalankan perintah Allah menyiksa mayat ini sehingga hari Akhirat.''
Para hadirin bertanya
''Apakah yang menyebabkan mayat ini diseksa?''
Ular tersebut menjawab:
''Mayat ini selama hidupnya telah melakukan 3 kesalahan:
1)Dia mendengar azan tetapi tidak diendahkan malah tidak pula mengerjakan solat
2)Dia tidak mengeluarkan zakat hartanya
3)Dia tidak mahu mendengar nasihat yang baik baik daripada para alim ulama.
Itulah yang menyebabkannya diseksa sedemikian rupa.
Sahabat sekalian:) Mari kita sama sama mengambil iktibar dari kisah ini.Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment