Monday, July 1, 2013

Pahlawanku


 Hatiku teruji lagi.
Tapi,kali ni rasanya lain sekali.
Dan aku masih ingat.
Seorang sahabat berkata:
               
 ''bila kita pernah buat maksiat,lepastu kita bertaubat dan tinggalkan,
                  Allah akan temukan balik kita dengan maksiat tu,nak uji kita betul betul ke kite benci dan nak tinggalkan maksiat tu''


Ya,Cinta ku hanya untuk Nya !
Tolonglah wahai hati.
Jangan rapuh untuk kali ni.
 'Cintakan bunga,bunga kan layu,
Cintakan manusia,manusia kan mati
Cintakan Allah,cinta yang kekal abadi'


Tapi,hati 'dia' sudah terganggu.
Salah aku kah,ya Allah?

 Rasulullah saw. bersabda, ” Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita” (HR Bukhari dan Muslim).


Ya Allah,takutnya aku.
Takutnya aku seandainya aku lah penyebab 'dia' ke neraka Mu.
Jagakan hatinya,Jagakan hatiku.
Biar cinta ini hanya untukMu.
Jodoh,maut itu terletak semua di tanganMu.
Sucikanlah hati'nya'.
Mungkin 'dia' jodoh si bidadari syurga.
Syaitan selalu mencari mangsa.
Lagi lagi si mujahid.
Yang akhirnya memalingkan hati daripada Allah hanya kerana seorang wanita.


''Wahai pahlawan Islam,aku tahu sekeras keras seorang lelaki,namun hatinya mudah rapuh dek seorang muslimah,Jagalah hatimu wahai pahlawan,,tetapkan hatimu hanya untukNya.
Aku takut ramai yang semaki lalai dan alpa,Islam mudah jatuh.Engkaulah pemimpin kami,siapa lagi kami harapkan selain seorang lelaki.Jaga hatimu wahai pahlawanku''



p/s:tiada kaitan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.sekian :)


No comments:

Post a Comment