Assalamualaikum wbt:) Salam sayang buat sahabat sekalian :)
Ramai sahaja muslimah muslimah dunia mengeluh.
''Lelaki nanti kalau masuk syurga dikurniakan bidadari syurga,kita ni ada apa je''
:)Wahai muslimah dunia..dalam sedar atau tidak antumna semua merupakan bidadari dunia ..
Pelik? Tak pelik pun...sebelum tu.....kita hayati kisah Ainul Mardhiah,Si Bidadari Syurga:)
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam
kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai).
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib
(berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah
untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah
tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang
paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat
hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan
sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu
kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai
salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.
Sebelum
Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat
yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi
tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia
bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan
seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada
suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk
berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu
tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini,
disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia
lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu
diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul
Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidak (lebih kurang macam tu la dalam
bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di
sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup
indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya
berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap
permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya
lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya
hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai
sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu,
kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu
mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari
yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau
jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu
berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu
diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu
menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu
pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada
sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita
ini kepada Nabi S.W.T,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan
kepada Nabi S.W.T.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan
jemaah yang terdapat Nabi S.W.T di dalamnya telah keluar
berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang
tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak
berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu
makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi
telah bangun dan merapati nabi S.W.T dan menceritakan perihal mimpi
pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam
menceritakan kepada nabi S.W.T, Nabi S.W.T menjawab: "Benar, benar,
benar sepanjang cerita tersebut". Akhirnya nabi S.W.T berkata memang
benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu
untuk berbuka puasa di syurga.
Khalas :) Sahabat...
“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu,
cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)
Asalnya dia hanyalah muslimah solehah yang tulus hatinya mencintai yang Esa.
Dia merupakan dambaan para mujahidin..dambaan orang2 soleh..kenapa?kenapa sahabat ?
Tengok diri kita,cukupkah amalan kita untukNya,,apalagi untuk menjadi penghulu bidadari bagi seluruh bidadari..Cukupkah amalan kita selama ni untuk membawa kita ke syurga Allah..?
Muhasabah Diri :) #KitaAdalahSeorangHambaBiasaYangTidakAkanTerlepasDaripadaMelakukanKesilapan
''Teringin juga aku menjadi salah seorang bidadari syurga,tapi apakah dengan amalanku ini layak atau tidak untuk aku diberi gelaran sebagai bidadari dunia''
Tulus suci cintanya buat mereka yang ikhlas berjihad dijalanNya, itulah hadiah cinta daripada Sang Pencipta.